KNOWLEDGE CENTER POST

MEASAT melancarkan inisiatif KampungDigital365.com dengan Parcel365 bagi memacu ekonomi digital di kawasan luar bandar

16 Jul 2023 11:04 AM


Kuala Lumpur, 15 Julai 2023 – MEASAT Global Berhad (“MEASAT”) – Penyedia Perkhidmatan Jalur Lebar Luar Bandar Malaysia telah bekerjasama dengan Parcel365 Sdn Bhd dan M2B Services Sdn Bhd (secara kolektif “Parcel365”) bagi melancarkan inisiatif KampungDigital365.com untuk meningkatkan taraf hidup komuniti luar bandar menerusi aktiviti ekonomi digital. Majlis pelancaran yang dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, diadakan pada hari ini di Pos Sinderut di Kuala Lipis, satu kawasan yang merangkumi kira-kira 14 perkampungan Orang Asli dengan jumlah populasi lebih 4,000 penduduk. Info lanjut:

http://www.measat.com/wp-content/uploads/2023/07/EXT-MEASAT-melancarkan-inisiatif-KampungDigital365.com-dengan-Parcel365-20230714.pdf

Top